cyberbiz4u |
MyGreenOil
oo BUMI YANG HIJAU UNTUK GENERASI AKAN DATANG oo
cyberbiz4u |
APAKAH MyGreenOil?
MyGreenOil ialah produk pelbagai guna yang boleh mereformulasikan (menukar formulasi) semua jenis minyak.Apabila dicampurkan dengan minyak,ia akan bertindak terus menukar minyak biasa kepada bahan api yang super efektif dan berkualiti tinggi tahap pembakarannya.
MyGreenOil boleh mereformulasikan semua jenis bahan api seperti petrol,diesel,minyak bertenaga rendah,sederhana dan tinggi dan juga bio-diesel.
MyGreenOil begitu ekonomi dan jimat apabila digunakan pada kereta,motosikal,lori,trak,bot,enjin diesel,mesin perkebunan,mesin relau,mesin penunu, mesin dandang,mesin penjana dan juga semua industri yang bergantung kepada penggunaan minyak dalam kuantiti yang tinggi.
FUNGSI UTAMA MyGreenOil
1. Penjimatan Minyak - daripada harga minyak yang sentiasa meningkat.
2. Peningkatan Kuasa + Prestasi - memberi nilai yang optimum dari segi kos.
3. Pengurangan Kos Penyelenggaraan Enjin - daripada kos baik pulih enjin yang tinggi.
4. Pengurangan Asap Berbahaya - mengurangkan sisa toksik dan mesra alam.
NOTA: MyGreenOil diinsuranskan dengan nilai tanggungan liabiliti sebanyak
USD 1 Juta oleh Allianz.Jadi penggunaan MyGreenOil ke atas kenderaan anda adalah dijamin.
(No. Polisi:
09LKL901911)
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Apabila dicampurkan dengan petrol,MyGreenOil akan bertindak terus menukar minyak biasa kepada bahan api yang super efektif dan berkualiti tinggi tahap pembakarannya.
Apabila petrol yang sudah direformulasi ini memasuki ruang pembakaran dalam enjin, PEMBAKARAN LENGKAP akan berlaku.Pembakaran lengkap bermaksud pembakaran petrol dengan sempurna,secara tidak langsung memberi sepenuhnya kuasa pada piston untuk menggerakkan kereta.Untuk contoh pembakaran tidak lengkap,minyak yang tidak terbakar sempurna akan menjadi asap dan membentuk mendapan karbon di dalam enjin.
Apabila pembakaran lengkap berlaku,kereta mendapat lebih KUASA PECUTAN.Apabila kereta lebih berkuasa,maka ia akan mengurangkan penggunaan minyak.Bayangkan pula kereta yang lembap,ia akan menggunakan minyak yang lebih untuk bergerak.Jadi pembakaran lengkap membolehkan pembakaran minyak berlaku pada kadar yang optimum tanpa pembaziran.
Apabila MyGreenOil digunakan,kereta akan mendapat lebih kuasa,tiada mendapan karbon dihasilkan dan asap hampir 99.9% tiada.Ini adalah bukti pembakaran lengkap berlaku. Penjimatan minyak yang berlaku adalah hasil kuasa pecutan yang diperolehi melalui pembakaran lengkap ini.
CARA PENGGUNAAN
PETROL - Campurkan 1 ml MyGreenOil untuk setiap 1 liter petrol.
contoh: 10 ml MyGreenOil untuk 10 liter petrol.
DIESEL - Campurkan 1.2 ml MyGreenOil untuk setiap 1 liter diesel.
contoh: 12 ml MyGreenOil untuk 10 liter diesel.
HASIL UJIAN
USM - My Green Oil meningkatkan kadar kelajuan dan menambah tahap kestabilan sesuatu enjin secara ketara dan berulangan.
SIRIM - My Green Oil adalah selamat,tidak mengandungi logam berbahaya,tidak berasid dengan PH7 neutral dan 100 % tidak menghasilkan abu (karbon) semasa pembakaran.
PUSPAKOM - My Green Oil mengurangkan 50 % asap hitam hanya selepas 20 km pemanduan. Pengurangan ini akan terus meningkat apabila jarak pemanduan bertambah.
SPEEDWORKS - My Green Oil meningkatkan kuasa kuda (horse power) sebanyak 5.5 % dan meningkatkan kuasa tork sebanyak 4.3 %
JABATAN POLIS INDONESIA (Bahagian Kajian & Pembangunan)
- My Green Oil menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 33.7 % dan menjimatkan
diesel sebanyak 24.2 %
VIETNAM AUTO REGISTER - My Green Oil mengurangkan pengeluaran gas Hidrokarbon sebanyak 75 % dan gas Karbon Monoksida sebanyak 77.5 % selepas 13 hari penggunaan.
KERATAN AKHBAR
VIETNAM AUTO REGISTER - My Green Oil mengurangkan pengeluaran gas Hidrokarbon sebanyak 75 % dan gas Karbon Monoksida sebanyak 77.5 % selepas 13 hari penggunaan.
KERATAN AKHBAR
Produk ini mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak dan para
pengguna.Pelbagai ujian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan.Enjin lama
akan terasa seperti enjin baru,peningkatan kuasa dan prestasi enjin terutama
ketika memecut dan mendaki bukit, penjimatan minyak lingkungan 15-45 peratus .MyGreenOil berkesan untuk kenderaan lama
dan baru.
Penjimatan
minyak amat ketara apabila pengguna mengamalkan kaedah pemanduan yang berhemah
dan kelajuan yang konsisten samada perjalanan jarak dekat dan jauh .
MyGreenOil tidak merosakkan enjin,ianya
selamat kepada enjin,manusia dan mesra alam sekitar,bahkan ianya selamat jika
terminum! MyGreenOil direka khusus dan di rumus untuk
meningkatkan jangka hayat enjin.MyGreenOil telah
melalui
pelbagai fasa ujian dan diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk
SIRIM.Ianya bersifat natural,dengan nilai pH7 dan tidak merosakkan
enjin,tidak
menyumbatkan fuel filter,tidak beracun dan berasid seperti kebanyakan
produk
fuel booster/octane booster.Selain itu MyGreenOil disokong oleh Insurans Liabiliti sebanyak 1 Juta USD .
MyGreenOil telah berada di pasaran sejak tahun
2006 dan berjaya menembusi pasaran luar seperti Indonesia, Singapura dan
Australia sehingga kini pihak syarikat tidak pernah lagi menerima sebarang
tuntutan akan kerosakan akibat penggunaan MyGreenOil .
Penggunaan petrol RON 95 + MyGreenOil dapat menghasilkan penjimatan minyak dan peningkatan kuasanya sama dengan penggunaan petrol RON 97 + MyGreenOil .
MyGreenOil berkesan untuk penggunaan
perjalanan dalam bandar dan highway/long distance untuk semua jenis kenderaan
petrol dan diesel .
MyGreenOil diformulasi khusus dan sangat
berkesan untuk semua jenis kenderaan petrol/diesel yang lama mahupun yang baru.
Untuk
kenderaan lama,MyGreenOil bertindak
lebih kepada
'treatment' enjin supaya kembali hampir menyamai prestasi dan kuasa
spesifikasi
asal dan mengekalkannya.Disini pengguna boleh dapat penjimatan sekitar
28%-33% untuk kereta dan 40%++ untuk motorsikal.Pengguna juga dapat
merasai
perubahan ketara penurunan bunyi bising dan gegaran enjin.
Manakala
untuk kenderaan baru,MyGreenOil bertindak
lebih
kepada mengekalkan jangka hayat enjin, mengurangkan kos penyelenggaraan
iaitu kos servis minyak hitam,oil filter dan spark plug,menambah sedikit
kuasa mendaki dan mengekalkan kuasa & prestasi untuk jangka masa
panjang.Disini biasanya pengguna dapat penjimatan minyak sekitar 15%
sahaja
Setiap botol MyGreenOil adalah untuk belian petrol RM110 untuk petrol ron95 atau RM140 untuk petrol
RON97 .
Reformulator Pelbagai Fungsi
MEMBAIKPULIH
& MENINGKATKAN
Baikpulih
Kuasa Enjin
Baikpulih
Keupayaan Enjin
Menambah
Jarak Perjalanan
Meningkatkan
Kuasa Kuda
Meningkatkan
Kuasa Pusingan Enjin
Meningkatkan
Jangka Hayat Enjin
Penjimatan Bahan Api
MENURUNKAN &
MENGURANGKAN
Menurunkan
Kepulan Asap Ekzos
Menurunkan
Suhu Enjin
Mengurangkan
Gegaran Enjin
Mengurangkan
Kebisingan Enjin
Mengurangkan
Kos Penyelenggaran
SEMULAJADI ,MESRA ALAM &
SELAMAT
Tiada Bertoksik dan
Selamat
Tidak
Berbahaya
Terbiodegradasikan
Tidak
Mudah Terbakar
Tiada
Bahan Kimia atau Kandungan Logam
Tiada
Bersifat Menghakis
Neutral
PH 7
100%
dari sari pati tumbuh-tumbuhan
Kebanyakkan pengguna
membuat kesilapan dengan mengharapkan berlakunya penjimatan bahan api secara
mendadak apabila kali pertama menggunakan MyGreenOil. Meskipun terdapat majoriti
pengguna mendapat hasil yang sedemikian, namun ada juga sebahagian pengguna
yang belum mendapat hasil seperti yang mereka harapkan.
Jadi secara kesimpulannya, hasil yang maksima akan didapati setelah 3-5 botol penggunaan MyGreenOil secara terus menerus.
Penjelasan Produk MyGreenOil
PENJIMATAN BAHAN API
Dalam keadaan normal, bahan api tidak akan mengalami pembakaran secara
menyeluruh dan ketidaksempurnaan pada waktu pembakaran akan meninggalkan sisa
mendapan bahan api yang tidak terbakar lengkap serta menghasilkan kepulan asap
yang bertoksid (hidrokarbon). Ini akan mencemarkan alam sekitar dan juga mengakibatkan
terbentuknya karbon pada enjin di mana mengurangkan kuasa dan keupayaan enjin.
Penggunaan MyGreenOil akan menyebabkan proses pembakaran bahan api yang sempurna dan efisien di mana tiadanya sisa bahan api yang tertinggal.Ini menjimatkan penggunaan bahan api dan mengembalikan keupayaan enjin.Secara keseluruhan, pengguna melaporkan bahawa terdapat penjimatan bahan api antara 15% - 30% untuk setiap liter bahan api.
MENINGKATKAN
KUASA DAN KEUPAYAAN ENJIN
Pembakaran yang efisien bermakna penggunaan bahan api yang efisien dan ini
menambah/mengekalkan fungsi keupayaan enjin.Ujian membuktikan penggunaan
MyGreenOil akan menambahkan kuasa kuda (horsepower), kekuatan tenaga pusingan
enjin (torque) dan kuasa pecutan tanpa memberi kesan sampingan, seperti
kenaikan suhu enjin, kebisingan enjin dan kurang ketahanan enjin (wear and
tear).Disebaliknya,MyGreenOil memberi perlindungan kepada enjin dalam
jangkamasa yang panjang.
MENGURANGKAN
KOS PENYELENGGARAAN DAN MELANJUTKAN USIA ENJIN
Penggunaan MyGreenOil
terbukti memberi keuntungan jangka panjang dari segi kos
penyelenggaraan dan kos pembaikan yang tinggi.Ini disebabkan oleh
keunikkan
kandungan 100% sari pati tumbuh-tumbuhan yang sentiasa membersih dan
melincirkan komponen dalaman enjin.Komponen dalaman yang mendapat
manfaat
ialah saluran bahan api, alat penuras minyak,karburator,palam
pencucuh,injektor dan lain-lain komponen enjin agar lebih tahan lama.
Pembersihan komponen enjin dapat mencegah terkumpulnya karbon dan mampu
membuang sisa karbon yang secara langsung mengurangkan kuasa dan keupayaan
enjin.Hasilnya, kuasa kuda dan kekuatan tenaga pusingan enjin kembali seperti
sediakala.
Setelah penggunaan yang berterusan,kandungan MyGreenOil yang memiliki struktur
molekul yang kecil mulai menutupi ketidaksempurnaan permukaan logam pada enjin
dan melitupi seluruh komponen-komponen yang bergerak.Hasilnya,enjin mulai
bergerak dengan lebih lancar sehingga mengurangkan kehausan dan kepanasan yang
berlebihan.Keupayaan enjin dan efisiensi enjin semakin meningkat setelah
penggunaan berterusan di mana enjin berfungsi dengan suhu yang lebih rendah dan
bergerak lebih lancar tanpa sebarang gegaran.
MENGURANGKAN KEPULAN ASAP YANG MERBAHAYA
MyGreenOil adalah cara mudah dalam mengurangkan pencemaran udara.Kandungan
minyak tersebut menyebabkan terjadinya pembakaran yang sempurna dan lebih
optimum yang mana mengurangkan kepulan asap toksik yang merbahaya.
MyGreenOil adalah produk yang tidak toksik, tidak berbahaya dan bebas dari
carcinogens (segala sesuatu yang menyebabkan kanser).Dibuat dari minyak sari
pati tumbuh-tumbuhan, bukan dari bahan petroleum dan terbiodegradasikan (boleh
dihancurkan oleh bakteria atau organisma lain).MyGreenOil adalah bersih dan
selamat untuk pembakaran, mengurangkan kepulan asap tanpa wujudnya mendapan
karbon pada ekzos dan 99.999% tiada abu pada waktu pembakaran bahan api.
Apabila MyGreenOil
dicampur dengan bahan api,kepulan asap pada ekzos terbukti
berkurangan lebih dari 80%.Lain-lain kandungan gas pada asap yang
berkurangan
ialah hidrokarbon (HC),Nitrogen Oxides (Nox),Karbon Monoksida
(CO),Particulate Matter (PM) dan berbagai jenis gas-gas berbahaya
terhasil dari
proses pembakaran yang tidak lengkap.
Penggunaan MyGreenOil merupakan cara yang mudah, cepat, selamat dan kos efektif
dalam mengurangkan pencemaran udara yang diakibatkan oleh kenderaan dan
industri-industri yang menggunakan bahan api yang banyak. Dengan MyGreenOil,tidak perlu peralatan yang mahal, serta pemasangan atau pengubahsuaian yang
rumit untuk mengelakkan pencemaran udara.
MyGreenOil telah
diuji oleh beberapa organisasi yang diiktiraf:
1. Makmal Kajian Enjin di Universiti Sains Malaysia
2. Jabatan Polis Indonesia
3. SIRIM QAS International
4. SPEEDWORKS Dynamic Test Systems DYNO
5. PUSPAKOM Pusat Menguji Kenderaan Berkomputer
1. Makmal Kajian Enjin di Universiti Sains Malaysia
2. Jabatan Polis Indonesia
3. SIRIM QAS International
4. SPEEDWORKS Dynamic Test Systems DYNO
5. PUSPAKOM Pusat Menguji Kenderaan Berkomputer
HARGA
RM 50 untuk sekotak MyGreenOil
(Termasuk Pos Laju)
1 kotak = 5 botol (60ml)* Sila tambah RM 5 untuk Sabah & Sarawak
(Termasuk Pos Laju)
1 kotak = 5 botol (60ml)* Sila tambah RM 5 untuk Sabah & Sarawak
Untuk Pesanan,sila hubungi saya:
Mohd. Faizal (MyGreenOil)
Email: cyberboy73@yahoo.com
H/P : 016-5042091
018-6645446
No comments:
Post a Comment